SALAM ...
Entry ini ditulis hanyalah untuk melepaskan rindu buatmu Aiman...sebenarnya mama takut nak
menulis tentang kamu sbb mulala air mata ini berjurai-jurai..*******
TAPI... kerana terlalu merinduimu mama kuatkan semangat ini...
Insyallah minggu depan mama akan balik ke kampung dan berziarah ke 'rumahmu' sayang..
Jangan bimbang.. mama telah berazam akan selalu datang ke sana..itulah tekad mama buatmu
putera kesayangan mama ini..
Aiman..Mana mungkin mama dapat melupakanmu kerana kamu pernah hadir dalam hidup kami ...lapan bulan mengandungkanmu bukanlah satu masa yang singkat..momen-momen indah kelahiranmu masih segar dalam ingatan kami..
Kala ini tentulah Aiman sedang berbahagia di sana...bersama para Ahli Jannnah...sudah tentu kehidupanmu di sana lebih tenang dan gembira kerana kamu adalah kain putih yang suci...jangan
sesekali kamu lupakan kami ye..
Aiman jangan bimbang kerana hari demi hari mamababa semakin kuat dan tabah ...kami tahu dunia
ini hanyalah sementara sebelum kita semua pergi ke alam yang kekal abadi...kami tetap redha dan
tabah kerana kami tahu Aiman adalah hak Allah...kami adalah antara insan bertuah kerana diduga
dengan ujian sehebat ini...Insyallah mamababa akan berusaha menjadi insan sebaikmu..DOAKAN
KAMI YE..
Sekian sahaja coretan mama ...
SUKRAN..