27 Mei 2010

We Miss U So MucH..

ENTRY INI KHAS BUAT BEBY AIMAN YG TERSAYANG...





SALAM ...
Entry ini ditulis hanyalah untuk melepaskan rindu buatmu Aiman...sebenarnya mama takut nak
menulis tentang kamu sbb mulala air mata ini berjurai-jurai..*******
TAPI... kerana terlalu merinduimu mama kuatkan semangat ini...
Insyallah minggu depan mama akan balik ke kampung dan berziarah ke 'rumahmu' sayang..

Jangan bimbang.. mama telah berazam akan selalu datang ke sana..itulah tekad mama buatmu
putera kesayangan mama ini..
Aiman..Mana mungkin mama dapat melupakanmu kerana kamu pernah hadir dalam hidup kami ...lapan bulan mengandungkanmu bukanlah satu masa yang singkat..momen-momen indah kelahiranmu masih segar dalam ingatan kami..
Kala ini tentulah Aiman sedang berbahagia di sana...bersama para Ahli Jannnah...sudah tentu kehidupanmu di sana lebih tenang dan gembira kerana kamu adalah kain putih yang suci...jangan
sesekali kamu lupakan kami ye..
Aiman jangan bimbang kerana hari demi hari mamababa semakin kuat dan tabah ...kami tahu dunia
ini hanyalah sementara sebelum kita semua pergi ke alam yang kekal abadi...kami tetap redha dan
tabah kerana kami tahu Aiman adalah hak Allah...kami adalah antara insan bertuah kerana diduga
dengan ujian sehebat ini...Insyallah mamababa akan berusaha menjadi insan sebaikmu..DOAKAN
KAMI YE..
Sekian sahaja coretan mama ...
SUKRAN..



11 ulasan:

Hafiz dan Mawaddah berkata...

insyaAllah, kita kuat, tabah dan sabar untuk menghadapi ujian ini...mmg rindu tak terkata pada anakanda-anakanda tersayang itu, tapi Allah menjanjikan yang lebih baik buatnya juga diri kita...

cikmin berkata...

AL-FATIHAH...bersabar la ye..

Momma Qiestina berkata...

aiman,

we mish u tooo.moga damaila di alam syurga bersama ahli syurga yg lain.

nantilah mak uda komen alikkk.

nak carik tisu*sob sob*

Ena Mazly berkata...

Kak Y sayang,

Terus bersabar danbertabah ye kak.. Insyaallah, Aiman akan setia menunggu akak di pintu syurga..

Sheriffa aka Mrs. Zheng berkata...

Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran.. Allah lebih menyayanginya...Sedih baca entry ni..

Kaseh NazLieza berkata...

insya Allah pasti ader hikmah yg tbesar di sebalik semua ini..

Mama Farris berkata...

tqvm semuer sahabat...

@e_da berkata...

semoga mama fara n faris tabah dengan ujiannya... insya allah faris menanti kedua org tuanya di SANA...

mas berkata...

slm dear...

kuatkan semangat ye...

mmg rindu itu xpernah hilang...
dan makin mendalam rasanya...
ALLAH telah janjikan syurga buat anak2 kita ini...amin...

Ann berkata...

Mama + Baba Faris,
Semoga bertabah selalu. Insya-Allah Faris akan tunggu kalian di syurga.

Mama AqiL berkata...

Semoga tabah selalu akak & Family..

sEtiap kali baca nukilan akak..setiap kali itu airmata sy bercucuran.