04 Disember 2012

Petua Untuk Membuat Orang Suka pada Anda

 Salam..
Info yang baik utk kita sama-sama share dan membaiki diri :
 
1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

8. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

9. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

10. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

11. Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas.

12. Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

Sumber: Ensaiklpedia Petua Melayu Lama

25 November 2012

eh..dah jadik tunang orang dah..!!!

bakal isteri orang..my lovely sister, akina
hadiah dari pihak perempuan...
moga sampai ke jinjang pelamin..aminn
kami 5 beradik..satu tak dapat balik..

seisi dikus...

Alhamdulillah..adik sy yg kelima telah selamat bertunang pada 25 November 2012. Majlis pun berjalan dengan lancarnya. Memang happening. Semoga pertunangan ini akan membawa ke jenjang pelamin seterusnya berkekalan hingga ke syurga.

20 November 2012

cabut gigi geraham..serrr rammm nya...

Salam...

hiii...lama dah tak nyembang kat blog ni...banyak urusan dunia yg perlu diselesaikan...cuti sekolah maknanya cuti lah juga utk para guru..jangan jeles tau sbb ni jerlah cuti kami..kalo nak minta cuti masa sekolah punyalah payah...cuti 7 hari tu pun bukan senang-senang nak approve...

Farra dah dihantar ikut Kem Tahfiz dan Fardu Ain di Masjid Besi...dua minggu jer..biarlah budak tu kena ngadap ustazah...at least dapat menambah ilmu agamanya...kalo  kat umah asyik mengadap cartoon jer..

Mama pulak dah berminggu rasa gigi berdenyut-denyut..bukan apa fobia jumpa dentist ni rasa...TAPI kena gi jugak sbb  takut menderita tak tido malam nanti...

Dengan gentle nya mama pun pegi la ke klinik gigi area Putrajaya nih..bila doc check..nah mmg berlubang pun gigi geraham bongsu..so doc tanya nak cabut tak..mama pun pasrah jerlah...apa nak wat kan..??

Memula tu dia start nak bius ..SERAM....mmg sakit gak la..biasala jarum kannn.. berselawat banyak-banyak..bila pipi dah rasa kembung tu mula la doc buat operasinya...nak tau apa gigi mama ni pulak liat nak dicabut..doctor amik mcm2 la sepanah dia ..tarik sana tarik sini..mmg tak sakit cuma rasa ditekan-tekan la...aku rasa kalo tak bius maunya aku mejerittt tuuuu....

AKHIRNYA...dalam lebih kurang 7 minit gigiku berjaya ditanggalkan...mak aih doc kata hujung gigi tu kuat dan berceranggah...patutla liat nak dicabut..huh...alhamdulillah..nurse tu tanya  nak tak gigi tu...mama tak amik..takuttt  tengok.....apapun syukur cabaran getir tu berjaya ku hadapi...terima kasih ALLAh, doc n nurse tu..moga cepat sembuh la hendaknya...

haha...tu la pengalaman cuti sekolah ni...nnti ada next visit lagi.. repair gigi...rasa mama  dah kurang fobia dengan dentist dah...