27 Mei 2012

Corak-corak baju raye 2012..

yg ni cdg utk nenek ..mana bole tak bli utk dia..he..he..
upah antarkan bj kat tailor..haruss.
tak der baju kaler hijau ..
so kena bli la jugak sekali sekala..

skg tgh fesyen polkadot kan..
so layan jer lah..


cadang baju ni nak buat boria  anak dan mama sekali..
anak suka pink.. terpaksa layan..


he..he cemana pulak corak design baju raya u all...baju-baju ni murah-murah jer kat kedai fofular tu...setahun sekali beli...tak rugi membeli sbb kalau berkerja hari-hari pun kena  pakai kan...













16 Mei 2012

Selamat Hari Guru semua.....!!

kek maya ini khas DR EN HUBBY..akakka



salam..

Sambutan hari guru berulang lagi..pasti sambutan inilah yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik di seluruh Malaysia...bagi sy tahun ini adalah kali ke 4 sejak sy dipostingkan...memang kerjaya ini amat saya sayangi... sudah takdir sy menjadi guru..bukannya mudah untuk mendapat tempat kerana lebih 60 ribu permohonan diterima setiap tahun..mungkin sudah rezeki saya  terpilih di kala usia bukan muda remaja lagi..dengan lebih 8 kali memohon ...sekali diinterview akhirnya sy berjaya..terima kasih Allah.

Kini hari-hari saya dipenuhi dengan kesibukan menjadi guru. Macam-macam kerenah anak murid ni..ada yang baik sangat ada yang nakal sangat.Ada yang pandai ada yang buat-buat pandai. Ada yang suka buli cikgu dan suka buat cikgu marah . Pendek kata bukan mudah menjadi seorang guru. Penuh cabaran, perlu banyak bersabar kerana kita berhadapan dengan kerenah kanak-kanak dan ibu bapanya  setiap hari. Mesti pandai dalam berkomunikasi dan psikologi. Kerja kita dalam persekitaran yang kurang selesa, tiada aircon dalam pejabat, berpanas dan berkejar naik tangga ke sana sini. Namun, ini bukanlah alasan mengabaikan tanggungjawab kita.

Dahulu saya sering berfikir betapa mudahnya kerja seorang guru, setengah hari dah balik.Hakikatnya  kerjaya ini tidak pernah surut hingga ke malam. ada-ada sahaja yang perlu dibereskan. Lebih-lebih lagi jika memegang banyak jawatan, bila tiba musim peperiksaan dan bila tiba sekolah mengadakan acara-acara penting.Kini sy masih belajar dan belajar lagi.

Apa-apapun jutaan  terima kasih kepada guru-guru sy samada yang masih hidup atau tiada lagi di Sekolah Kebangsaan Kg. Melayu, Sek. Tinggi Kluang dan Sek Agama Gunung Lambak, Kluang. buat semua pensyarah saya di UM, Kuala Lumpur dan IPIS, Bangi. Tanpa cikgu-cikgu semua saya tak akan menjadi saya pada hari ni. TERIMA KASIH MENJADIKAN SY INSAN BERGUNA. JASAMU MENGHARUM HINGGA KE SYURGA.

Juga buat rakan-rakan seperjuangan. SELAMAT HARI GURU.






12 Mei 2012