22 April 2010

Anak-anak penawar dukalara..


CHACA/EMY/ADIK-
Nama sebenarnya Nuremy Shalieza. Anak abang sulung yg kedua. Cutenya rupa diakan. Kata bapaknya mcm rupa kiter masa kecik....poyo jer..(dlm hati cutenya aku !!!)
AIRIL/AYIEL-
Nama sebona Muhammad Airil. Cute kan dier ni. Dah bosa mesti jadi rebutan para gadis. Mama dier ni lah ibu susuan arwah Faris Aiman. Dia suker jerit-jerit manjer.
QIES/NININA/ERICHA-
Sapo tak kenal dier ni. Anak blooger terpemes seantero Papua New Ginea. Sebab apa muka dia somel mcm Oyuki ...(rahsia la). Hanya mamanya yang tau.
DILLA/KAKAK-
Nama kat surat beranak Nuradila Amani.Anak abang sulung pertama. Dia ni masa kecik dulu muka macam Nora Danish. Geram tengok. Dia ni tak pernah ponteng pigi skul. Sangat rajin dan mempunyai suara ala-ala Doreamon..ang..ang..ang..
FARRA/KAKAK-
Nama dier Farra Najihah. He..he satu-satunya anak dara saya. Hantu cerita cartoon. Katun Power Puff Girl adalah fanatiknya. Adoyaiii..

21 April 2010

Anakanda Faris (30 hari)

Untuk yang baca jangan nanes taw..
Tanggal 22 Mac 2010 lahirlah putera Faris Aiman bin Khairil Helmi. Segalanya adalah kehendak Nya jua meski due date ku adalah 11 Mei 2010. Syukur pada Allah dan terima kasih anakanda tersayang kerana memberi sinar kebahagiaan buat mamababa dan Kak Farra walau hanya seketika cuma. Pemergianmu cukup terkesan di hati kami. Namun sebagai hamba Allah Mamababa harus redha dengan segala ketentuanNya. Jika yang tertulis ini adalah yang terbaik untukmu, akan mama jadikan ia sebagai kenangan yang terindah ye sayang.
Hari ini genap sebulan usiamu jika masih bernafas di alam yang fana ini. Masih terbayang kali pertama mama dapat melihatmu di NICU, Hospital Sultanah Aminah. Hanya dari jauh mama dapat memandangmu kerana mama masih dirawat kerana positif H1N1. Hati mama memanjatkan syukur pada ilahi dan berbunga riang kerana anakanda sihat dan selamat. Namun masih diletakkan di dalam inkubatur. Doc kata anakanda kena jaundis dan masih diberikan bantuan oksigen. Okla buat apa yg terbaik Doc. Begitulah hari2 seterusnya mama masih tidak dapat mendakapmu sayang..
Tanggal 29 Mac 2010, Mama dibenarkan discaj setelah mama sembuh namun anakanda masih tidak dibenarkan keluar. Keesokannya, mama datang dan itulah setelah 8 hari anakanda dilahirkan barulah mama dapat melihat, mendakap dan mencium wajah sucimu buat pertama kali, Maha Agung Allah. Ramai yang kata wajahmu seperti babamu. Begitulah hari -hari seterusnya hari-hari mama datang kerana tak tahan merinduimu dan ingin menyusuimu supaya anakanda cepat sembuh dan membesar. Terima kasih Mama Baini (adik ipar) kerana menghantar mama dan menjadi ibu susuannya. Hanya tuhan yang dapat membalasnya.
Tanggal 1 April 2010, hati mama melonjak keriangan dan bersyukur kerana anakanda dibenarkan pulang oleh Doc. Sungguh surprise muke nenek ngan Kak farra. Kak farra siap main2 ngan adik Faris lagi kan. Esok Baba datang nak amik kami balik ke Kluang. Yeaa..
Tanggal 2 April 2010, giliran babamu pula dapat melihat wajahmu. Meskipun penat kerana perjalanan jauh dari Putrajaya ke JB namun mama tahu kepenatan itu pasti terubat dengan melihat wajah anakanda buat pertama kali. Babamu sempat mengazan, mengiqamat (sekali lagi) dan mentahnikkan mu. Baba sempat bersamamu selama 2 hari sahaja kerana tugasannya. Namun sempat mendukung dan menciummu sebelum pulang. Begitu juga kekandamu. Rupanya itulah kali terakhir anakanda dapat bersama mereka.
Mama menghabiskan waktu berpantang di Kluang. Selama seminggu dapat bersamamu mu berbagai memori indah mama dapat kita kongsikan. Mama dapat membelikan beberapa helai bajumu, memandikanmu dan menbelaimu sepuas hati. Namun mama merasa pelik kerana tali pusat masih belum tertanggal meskipun sudah melebih 10 hari.
Sehari sebelum anakanda pergi, anakanda seperti tidak sihat. Pagi Jumaat itu segera mama membawa anakanda ke klinik namun Doc mengatakan kesihatan anakanda ok. Lega hati mama yang dilanda seribu kerisauan sejak malam tadi. Namun petang itu, anakanda tidak menunjukan respon seperti biasa. Mama panik. Segera mama menghantarmu ke Wad Kecemasan. Mama hanya mampu berdoa tanpa henti agar Allah masih memanjangkan umur anakanda. Doc n jururawat bertungkuslumus untuk menyelamatkan anakanda namun kata-kata Doc yang mengatakan anakanda telah tiada membuatkan mama hampir rebah. Namun kata-kata semangat dari Doc dan abah yang menemani membuatku redha dan tabah dengan ujian yang maha hebat ini. Kala itu, air mataku mengalir tak henti-henti. Adakah ini satu mimpi..?? Tiba-tiba hujan turun pada petang itu bagai mengiringi pemergianmu sayang..lebat sederas airmata mama yang mehgalir...innalilahi wainailahi rojiun..
Sayangku anakanda Faris Aiman, mamababa sentiasa mendoakan agar anakanda damai di sana di sisi yang Esa dan berteman bidadara2 syurga. Kami akan sentiasa mengenangmu dan merinduimu di sepanjang hayat. Al-Fatihah
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, rakan - taulan yang telah sama-sama mengurus dan melambaikan salam terakhir buat anakanda Faris Aiman. Sejuta penghargaan buat para doktor, jururawat dan staff di Hospital Kluang dan Hospital Sultanah Aminah JB di sepanjang kami dirawat di sana. Segala layanan baik tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
Sukran Jazzilan

20 April 2010

TQ Mak Kuda Mama Ninina

Baru seminggu ni bersemangat balik nak mengadap liptop nih..
Yelah alang-alang dah dapat cuti ni elokla menimba ilmu dari mama ninina de fames mama blogger..pas ni susah la mama ninina nak carik makan (he.he..riak sungguh)
Lain tu.. manatau ilmu ni bguna nak ngajar bebudak kat skola tu..Cegu kelab komputer malula klo tak tau tang berbelog nih..
Wat Mak Kuda...teruskan ajar anak muridmu yang agak bebal ni yer...jangan mara-mara..saya budak baru belaja..kalo salah tolong tunjukan...
ta..taa...

LALALLALALLA


PERCUBAAN PERTAMA


19 April 2010

salam pembuka bicara.

Assalamualaikum,


akhirnya terlaksana niat untuk berblog hasil tunjuk ajar sifu, mak uda mama ninina.

belog ini dedikasi buat puteri tercinta Farra Najihah & bidadara syurga kami,Faris Aiman.

Mama & Baba love u so much!





farra najihah sayang...
jadik anak yg solehah ye.






faris aiman sayang..
damailah disisi yg maha Esa di jannah...

selamanya memori bersamamu terpahat di ingatan mama & baba.

AL Fatihah...