30 Julai 2010

Bertemu Idolaku..

Salam...



Selalu aku dapat tengok idolaku ini hanya di tv, majalah, buku-buku dan vcd tulisan dan ceramah beliau. Setiap kali hati aku sedih dan kusut pasti akan tenang mendengar ceramah beliau..



Alhamdulillah, akhirnya dapat aku bertemunya secara live. Memang beliau seorang pakar motivasi yang hebat. Semua orang tahu rasanya keistimewaan beliau dalam memberikan motivasi. Pasti aku tak kering gusi bila mendengar ceramahnya. Ada lawak, tauladan dan keinsafan dalam setiap butir bicara yang diucapkannya. Mampukan aku menjadi insan sehebatnya dalam mendidik anak bangsaku di sekolah ?



Antara nasihatnya yang tidak dapatku lupakan ..



1) Cuba bersihkan hati kita, maafkan semua orang, insyallah mudah rezeki datang dan urusan kita akan berjalan lancar



2) Setiap bangun pagi berdoalah... semoga hari ini akan lebih baik dari hari semalam...


Itulah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah






Gambar-gambar ini adalah sewaktu beliau memberikan motivasi kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin berjaya seperti beliau. Beliau adalah salah seorang penulis buku-buku ilmiah dan motivasi STORMREADER.
Aku ni tukang selit jer :)








Antara buku-buku tulisan beliau. Selain itu banyak buku-buku yang amat menarik hasil tulisan Ustazah Siti Nurbahyah, Ustaz Zamri, Ustaz Zahazan, Ustaz Ismail Kamus dan lain-lain penulis yang terkenal.

PESANAN PENAJA .........

Jika anda ingin mendapatkan buku-buku tanpa perlu bersusah payah ke kedai, nak cari n nak bayar parking lagi... anda boleh terus ke kedai buku online KLIK JER KAT BELAH SIDEBAR BLOG AKU NI..

panas trus sampai ke pintu rumah anda..


'MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU'


Wasalam...

18 Julai 2010

Dari Pulau Ketam ke Pangkor..enjoice..

Perjalanan dari Jeti Pulu Ketam ke kelong..ini trip untuk kaki-kaki pancing seluruh alam :)
Aku tumpang sekaki jer...



Pemandangan sekitar kelong...tp tader 'ong' la..
ikan ciput2 jer..



Si kakak yang sibuk tengok ikan todak...dapat ketam sekor pak cik nih..oklah tu kan..


DAN CITER PANGKOR PULAK..

Ni pulak trip ke Pangkor...naik feri dari Jeti Lumut ke Pangkor..
Lautnya sangat bersih dan cantik..
Patutla ramai tourist datang ..



Petang-petang abis kursus kami sempat jalan-jalan sekitar pulau...
Memang besttt amatt..
Demam2 pun kakak posing baik punya..!!





Sempat lagi main ombak kat tepi pantai..
kutip kerang-kerangan yang sangat cantik..



Belah malam ada pulak jamuan steamboat yang sangat sedap..
Ada karoake yang giler2..ya ampunn..





Anda saksikan sendiri kecantikan pulau ini..
Berbaloi2 bawa family bercuti..


Ada peninggalan sejarah ..Kota Belanda..batu bersurat
macam-macam ada
.
.
.
.
DAN

Tak sah kalau tak bershooping sakan...
ni kat Lumut..kalau ikut hati mau shooping sakan tp lain kali la..
jauh beb nak sampai umah..
Akhir kalam..
Timacih kpd en. hubby yang sanggup drive jejauh ke Pangkor...
Dah blanja hotel ..okeh le tu kannn.. :))










09 Julai 2010

Mimpi Yang Indah..


Salam..
Entry ini bukan dibuat untuk menagih simpati atau bersedih-sedih tapi sekadar untuk meluahkan rasa hati seorang ibu...seorang ibu yang diuji dengan ujian yang hebat...
Pada yang pernah melalui pasti akan lebih memahami...kepada ibu-ibu ahli syurga ini sama-sama lah kita bertabah hati..bersabar dan sentiasa mengingatiNya...mungkin ujian ini diberi kepada kita supaya kita lebih sedar, lebih menghargai dan menyayangi orang disekeliling kita....pasti ada seribu hikmahnya disebaliknya...
Adik..(panggilan untuk Aiman)
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini , Mama sering termimpikanmu, mungkin ianya sekadar satu mainan tidur. Malam tadi Mama termimpikanmu lagi.. Dalam mimpi itu, mama lihat jasadmu begitu sempurna sekali meskipun adik telah meninggalkan kami lebih dua bulan. Adik seolah -olah sentiasa tersenyum...wajahmu begitu suci sekali.. Mama sempat memangku dan menciummu.. Jasadmu berbau wangi sekali. Adik seolah-olah ingin memberitahu .. 'Mama jangan bimbangkan Adik di sini.' Andai ini benar, memang benarlah kau adalah insan terpilih untuk mendiami syurga Allah yang maha indah. Tidak pernah sekalipun mama termimpi yang buruk tentangmu. Alhamdulillah. Moga Adik sentiasa dalam peliharaan dan limpah rahmat Allah di sana.
Adik,
Kakak Farra pun selalu rindukan Adik. Sejak akhir-akhir ini baru dia rasa kehilangan. Dia selalu buat-buat ikut cara Adik menangis. Sama pulak tu. Sayu betul mendengarnya. Kasihan dia. Tak sempat nak main dengan Adik. Kakak tanya Mama 'Mama kenapa adik meninggal?' Bukan orang dah tua aja meninggal ke ? Kakak..Kakak..Sabar yer Kakak..Mama tau kakak dah bosan jadi anak tunggal..main sorang..sorang...sebab tu suka betul dier kalau dapat jumpa sepupu-sepupu dier esp. Kak Dila ngan Ninina..
Adik,
Moga Adik bahagia, riang gembira di sana. Momen indah bersama Adik akan kami kenang buat selamanya. Kami sentiasa merinduimu. Moga doa kami untuk bertemumu di syurga Allah akan termakbul jua nanti. Amin.
AlFatihah untukmu Adik Sayang..