20 Disember 2012

Petua Cantik...

 
Salam..
Kecantikan tak dapat lari dari seorang wanita..suami kita, anak kita dan orang sekeliling suka kalau kita cantik kan...lagi cantik kalau peribadi kita pun cantik..
 
i'm also a cutie gal..yeah !!
1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Sumber: Ensaiklopedia Melayu Lama

04 Disember 2012

Petua Untuk Membuat Orang Suka pada Anda

 Salam..
Info yang baik utk kita sama-sama share dan membaiki diri :
 
1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

8. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

9. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

10. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

11. Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas.

12. Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

Sumber: Ensaiklpedia Petua Melayu Lama

25 November 2012

eh..dah jadik tunang orang dah..!!!

bakal isteri orang..my lovely sister, akina
hadiah dari pihak perempuan...
moga sampai ke jinjang pelamin..aminn
kami 5 beradik..satu tak dapat balik..

seisi dikus...

Alhamdulillah..adik sy yg kelima telah selamat bertunang pada 25 November 2012. Majlis pun berjalan dengan lancarnya. Memang happening. Semoga pertunangan ini akan membawa ke jenjang pelamin seterusnya berkekalan hingga ke syurga.

20 November 2012

cabut gigi geraham..serrr rammm nya...

Salam...

hiii...lama dah tak nyembang kat blog ni...banyak urusan dunia yg perlu diselesaikan...cuti sekolah maknanya cuti lah juga utk para guru..jangan jeles tau sbb ni jerlah cuti kami..kalo nak minta cuti masa sekolah punyalah payah...cuti 7 hari tu pun bukan senang-senang nak approve...

Farra dah dihantar ikut Kem Tahfiz dan Fardu Ain di Masjid Besi...dua minggu jer..biarlah budak tu kena ngadap ustazah...at least dapat menambah ilmu agamanya...kalo  kat umah asyik mengadap cartoon jer..

Mama pulak dah berminggu rasa gigi berdenyut-denyut..bukan apa fobia jumpa dentist ni rasa...TAPI kena gi jugak sbb  takut menderita tak tido malam nanti...

Dengan gentle nya mama pun pegi la ke klinik gigi area Putrajaya nih..bila doc check..nah mmg berlubang pun gigi geraham bongsu..so doc tanya nak cabut tak..mama pun pasrah jerlah...apa nak wat kan..??

Memula tu dia start nak bius ..SERAM....mmg sakit gak la..biasala jarum kannn.. berselawat banyak-banyak..bila pipi dah rasa kembung tu mula la doc buat operasinya...nak tau apa gigi mama ni pulak liat nak dicabut..doctor amik mcm2 la sepanah dia ..tarik sana tarik sini..mmg tak sakit cuma rasa ditekan-tekan la...aku rasa kalo tak bius maunya aku mejerittt tuuuu....

AKHIRNYA...dalam lebih kurang 7 minit gigiku berjaya ditanggalkan...mak aih doc kata hujung gigi tu kuat dan berceranggah...patutla liat nak dicabut..huh...alhamdulillah..nurse tu tanya  nak tak gigi tu...mama tak amik..takuttt  tengok.....apapun syukur cabaran getir tu berjaya ku hadapi...terima kasih ALLAh, doc n nurse tu..moga cepat sembuh la hendaknya...

haha...tu la pengalaman cuti sekolah ni...nnti ada next visit lagi.. repair gigi...rasa mama  dah kurang fobia dengan dentist dah...


27 Oktober 2012

Telefon Pintar Agen pembawa Penyakit..

LOS ANGELES 26 Okt. - Kebergantungan kepada penggunaan telefon pintar membuatkan kita lebih terdedah kepada penyakit merbahaya kerana peranti elektronik mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.
Doktor memberi amaran gabungan penggunaan telefon secara dekat dengan telinga, hidung dan mulut boleh mendedahkan diri dengan kuman serta membahayakan kesihatan.

Kajian mendapati, telefon pintar adalah pembawa kuman yang diperolehi dari pintu bilik mandi yang boleh mendatangkan penyakit termasuk selesema, cirit-birit dan jangkitan mata.

Selain itu, penjagaan kebersihan diri yang tidak betul juga boleh mempengaruhi kesihatan pengguna telefon.
Walaupun mempunyai risiko yang tinggi tetapi ramai pengguna membawa telefon kemana-mana sahaja termasuk ke bilik tidur dan juga ke tempat makan.

Telefon pintar adalah pembawa paling tinggi kolifom iaitu sejenis bakteria pencemaran najis.
Hasil kajian oleh makmal HML di Muncie terhadap lapan buah telefon mendapati terdapat 2,700 hingga 4,200 unit bakteria kolifom.

"Kami menemui pepijat pada calitan berminyak di skrin sentuh,'' kata Profesor Michael Schmidt yang juga Naib Pengerusi Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi di Universiti Perubatan, South Carolina.
Jurnal Mikrobiologi Gunaan yang diterbitkan pada tahun 2011 mendapati 20 hingga 30 peratus virus boleh dipindahkan secara mudah melalui hujung jari ke permukaan kaca seperti skrin sentuh.

Universiti Cape Coast di Ghana juga yang membuat kajian terhadap 100 orang pengguna telefon menemukan kepelbagaian bakteria di telefon mereka. - AGENSI





Sumber- Utusan Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121027/lu_05/Telefon-pintar-sumbang-penyakit#ixzz2AZB9Gav2
© Utusan Melayu (M) Bhd

21 Oktober 2012

Farra @ Adam 's besday..

Besday boy yg somel..Adam Darwish..
meriahnya belon-belon ni...
Farra n her cousin, qiestina
silap mata- RM 1 jadi RM5 -rezeki Farra..
salam...

Meriahnya sambutan besday boy.. baby Adam ni kan ?...deco-deconya sungguh cantik..kagum...(dulu verangan nak namakan baby boy sy  Adam..he..he

Sbenarnya ni kenalan adik saya..kebetulan disekitar kawasan rumah kami ...to Adam.. HAPPY BESDAY ENCEM BOY..SMOGA JADI ANAK YNG SOLEH DAN MENYENANGKAN IBU BAPAMU NANTI YA..

15 Oktober 2012

Petua Halau cik Mut dan cik Pas dr kete..

Petua Untuk Menghalau Semut
atau Lipas dalam Kereta

1. Elakkan meletak kereta anda bawah pokok terutamanya pokok rambutan, pokok mangga, pokok manggis. Ataupun di tempat buang sampah,tepi longkang atau tempat yang lembab.
 
2. Bersihkan atau cuci kereta anda luar dalam selalu. Vakum bahagian dalam, bawah tempat duduk, bawah carpet dan servis corong aircon.

3. Sembur racun semut ke dalam kereta anda.


4. Beli kapur halau semut dan lipas. Taburkan dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.


5. Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan. Cara ini lipas tidak mati cuma lari keluar dari kereta. daun pandan juga boleh hilangkan bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.


6. Kayu manis juga mampu menghalau semut dan lipas.

 


7. Jangan tinggalkan sisa makan dan minum dalam kereta. Paling penting ialah amalan menjaga kebersihan dalam kereta. Lipas atau semut tidak akan ada kalau kereta anda sentiasa bersih.


sumber : Ensaiklopedia Melayu Lama




 

05 Oktober 2012

Pesanan Isteri...

Pesanan Isteri Untuk Suami

1. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok badan anda sendiri dalam cermin dahulu.

2. Jangan kentut depan isteri. Kenapa semasa bercinta dahulu boleh tahan kentut?


3. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

4. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.


5. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Selepas buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Selepas cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. Selepas guna ubat gigi, letak balik penutupnya. Selepas ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
 
 
 
 
 
 
 
 
Komen anda ....betul ke idak tu..
 
 
-Petua dari Ensaiklopedia Melayu Lama 

28 September 2012

Diskaun PTPTN...Alhamdulillah..!

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif pemberian diskaun bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi insentif pertama, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober ini sehingga 30 September tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, bagi peminjam yang membayar secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober ini pula diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.
"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Kita tahu ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan PTPTN dimansuhkan.

"Ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN? Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya sewaktu membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.


 Alhamdullilah...

Oklah tu ..nampaknya sy layak  dalam kategori  bayar secara konsisten tu..oklah tu 10 % setahun...dalam islam pun dah namanya hutang wajibla kena bayar...takpayah lah penat jawab kat akhirat nanti..

Marilah sama-sama kita membayar hutang....esp yang dah dapat keja gaji kaw-kaw tu...jangan tergila beli keta mahal-mahal tapi hutang PTPTN tak bayar-bayar...kesian kat adik-adik kita yang nak blajar pulak...


Peace no War.......:)





06 September 2012

Warna-Warni Raya 2012..

    kaler tema pink grey....atok mohtar cam gaya bersanding jer..he..he

asalamualaikum..


lama nya tak betemu di blog yer..dah berabuk berasapp blog sy ni..he...he..bz teramat lah..raya sana-sini...

tahun ni bestlah...smua family di kluang dapat bekumpul bersama..first raya jer terus pusing keliling Batu Pahat dan Parit Raja Johor..senak perut makan sana-sini..tapi best dapat jumpa sedara-mara yang lama dah tak berjumpa...setahun sekali baru dapat jumpa..walaupun penat dan jalan jem tetap happy...itulah berkatnya Hari Raya..kami berkonvoi dua kereta...macam-macam kerenah maklumlah bawa anak-anak buah yang masih kecil....sampai gelang emaspun habis tercicir tah kemana...ha..ha..

Pas tu raya kami diteruskan dengan menjelajah ke rumah kawan-kawan dan sedara mara di Melaka dan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur...


Alhamdulillah ..ni masih mood beraya...Sabtu Ahad ni lagilah dengan open house kat skolah dan rumah kawan-kawan..

apa citer raya uolls...





10 Ogos 2012

Petua Sebelum Anda Tidur :)

Petua Sebelum Anda Tidur

1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.


2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.


3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.


5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.


6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda. Kecoh nanti.
 
 
- Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

11 Julai 2012

Hasil tangkapan di malam Gathering Sekolah Lama Baba..

banyaknya makanan arablaa..tak muat perut..!!!!
Restoren Arab ni baru tau...
baba menang best dress lelaki...yeke...cam tak pecaya jer..
  






syokknya Farra dapat doorgift TUPPERWARE...

Antara tangkapan pada mlm tu..bebaloi..semua TUPPERWARE ...         



Bestt gak kan sekali-sekala bergathering nih...Tema malam tu ala Arab...tu yg baba Farra pakai cam tu...bebaloi sy iron kan baju tu ..menang lak..mana tak menang kalau dia sorang yg pakai nampak kearaban sikit ..ha..ha...kiranya asyik luck jer baba malam tu...dapat sterika barulah..lagi...dapat mcm2 tupperware dari saiz kecik sampai saiz besar...rezeki ..alhamdulillah....

29 Jun 2012

Resepi Spaghetti Simple Floria




Tadaaaa.....nampak sedap tak ??


Sesekali tekak ni terasa nak ubah selera gak kan...pekata kita masak spaghetti simple ni...



Bahan-bahan

Spagethi San Remo Angel Hair

2 ulas bwg putih (potong nipis-nipis)

2-3 biji cili api hijau (potongkan nipis-nipis)

perasa ikan bilis

3 sudu tomato sos

10 ekor udang segar (dibuang kulit)

sedikit carrot (dipotong nipis-nipis)

sedikit minyak masak

 Cara membuatnya.

Masak spaggeti dalam lebih kurang 3 minit. Masukkan garam dan sedikit minyak. Angkat dan toskan.

Tumiskan bawang putih dan cili api. Masukkan carrot dan udang.

Masukkan sos tomato dan perasa ikan bilis dan sedikit garam.

Masukkan spagethi tadi dan gaul hingga rata.

Cukup masak ..Angkat dan hidangkan.

Senangkan. Memang sedap dan selamat mencuba !!!!!!!!!!!

27 Mei 2012

Corak-corak baju raye 2012..

yg ni cdg utk nenek ..mana bole tak bli utk dia..he..he..
upah antarkan bj kat tailor..haruss.
tak der baju kaler hijau ..
so kena bli la jugak sekali sekala..

skg tgh fesyen polkadot kan..
so layan jer lah..


cadang baju ni nak buat boria  anak dan mama sekali..
anak suka pink.. terpaksa layan..


he..he cemana pulak corak design baju raya u all...baju-baju ni murah-murah jer kat kedai fofular tu...setahun sekali beli...tak rugi membeli sbb kalau berkerja hari-hari pun kena  pakai kan...













16 Mei 2012

Selamat Hari Guru semua.....!!

kek maya ini khas DR EN HUBBY..akakka



salam..

Sambutan hari guru berulang lagi..pasti sambutan inilah yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik di seluruh Malaysia...bagi sy tahun ini adalah kali ke 4 sejak sy dipostingkan...memang kerjaya ini amat saya sayangi... sudah takdir sy menjadi guru..bukannya mudah untuk mendapat tempat kerana lebih 60 ribu permohonan diterima setiap tahun..mungkin sudah rezeki saya  terpilih di kala usia bukan muda remaja lagi..dengan lebih 8 kali memohon ...sekali diinterview akhirnya sy berjaya..terima kasih Allah.

Kini hari-hari saya dipenuhi dengan kesibukan menjadi guru. Macam-macam kerenah anak murid ni..ada yang baik sangat ada yang nakal sangat.Ada yang pandai ada yang buat-buat pandai. Ada yang suka buli cikgu dan suka buat cikgu marah . Pendek kata bukan mudah menjadi seorang guru. Penuh cabaran, perlu banyak bersabar kerana kita berhadapan dengan kerenah kanak-kanak dan ibu bapanya  setiap hari. Mesti pandai dalam berkomunikasi dan psikologi. Kerja kita dalam persekitaran yang kurang selesa, tiada aircon dalam pejabat, berpanas dan berkejar naik tangga ke sana sini. Namun, ini bukanlah alasan mengabaikan tanggungjawab kita.

Dahulu saya sering berfikir betapa mudahnya kerja seorang guru, setengah hari dah balik.Hakikatnya  kerjaya ini tidak pernah surut hingga ke malam. ada-ada sahaja yang perlu dibereskan. Lebih-lebih lagi jika memegang banyak jawatan, bila tiba musim peperiksaan dan bila tiba sekolah mengadakan acara-acara penting.Kini sy masih belajar dan belajar lagi.

Apa-apapun jutaan  terima kasih kepada guru-guru sy samada yang masih hidup atau tiada lagi di Sekolah Kebangsaan Kg. Melayu, Sek. Tinggi Kluang dan Sek Agama Gunung Lambak, Kluang. buat semua pensyarah saya di UM, Kuala Lumpur dan IPIS, Bangi. Tanpa cikgu-cikgu semua saya tak akan menjadi saya pada hari ni. TERIMA KASIH MENJADIKAN SY INSAN BERGUNA. JASAMU MENGHARUM HINGGA KE SYURGA.

Juga buat rakan-rakan seperjuangan. SELAMAT HARI GURU.






12 Mei 2012

30 April 2012

happy besday atuk mohtar

amboiiih bah...

There's a hero

If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on

And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you



Lagu ini kutujukan khas buat ayahanda aka atukanda yang tersayang...Selamat hari jadi abah yang ke 70 pada 1 Mei 2012 ..moga terus dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur dalam iman dan terus menceriakan hidup orang disekelilingmu..

Mudah-mudahan hasrat kami melihatmu mejejaki tanah suci termakbul dalam masa terdekat... Aminnnnn..


13 April 2012

ala tomeinya ....rasa nak geget..


sampainya hati bagi kita makan carrot..he..he




plez ..hugs me plez..
tgok tu miaw cam pakai bib..
ni kucing member sy..

salam...

just theraphy di hari Jumaat....bila tengok muka kucing-kucing ni hilang tension kannn !!!

11 April 2012

Dua kali gempa bumi kuat di Acheh...

salam..

BANDA ACEH, Indonesia (AP) — A massive earthquake off Indonesia's western coast triggered a tsunami watch for countries across the Indian Ocean on Wednesday, clogging streets with traffic as residents fled to high ground in cars and on the backs of motorcycles.

Two hours after the quake hit, however, there was no sign of the feared wave. Damage also appeared to be minimal.

The U.S. Geological Survey said the 8.6-magnitude quake was centered 20 miles (33 kilometers) beneath the ocean floor around 269 miles (434 kilometers) from Aceh province.

"It wasn't the strongest quake I've felt," said 22-year-old Tuti Rahmi, while trying to reach her brother by phone from Banda Aceh, people around her crying and screaming as they poured from their homes.

"But it seemed to last forever," she said, adding the ground shook for nearly four minutes.

The Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said a tsunami watch was in effect for Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, the Maldives and other Indian Ocean islands, MALAYSIA, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, South Africa and Singapore.


-from yahoo

Baru jer tadi dengar gempa kedua menyusul dengan kekuatan 8.8 skala richter....amat kuat tu..

errr...seramnya...kalau la kita jadi penduduk Acheh....Ya Allah selamatkan lah seluruh umat Islam di dunia ini terutama rakyat Acheh..shian dorang..dah la trauma yang lalu tak abiss lagik..

Marilah kita sama -sama bersolat hajat ramai-ramai...

Pada yang duduk tepi pantai tu bejaga-jagalah..malang tak berbau..elok kita berjaga-jaga..



15 Mac 2012

adoiii..mahalnya harga amah indonesia !!!

klo dapat amah cam fairy ni okeh gak..he.he


salam..

Td belek -belek berita hari ni...bukan main mahal lagi harga maid indonesia sekarang nih...


JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

DAN LAGI...

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA


Rasanya perjanjian ni berat sebelah kerana :

-RM700 agak tinggi tapi cuma buat satu kerja sahaja...kalau amik 4 pembantu rumah 700 x 4 +=RM 2800...tak masuk akal lah..!!!

- cuti mmg perlu tapi takut gejala sosial lain pulak berlaku bila amah-amah ni merewang kat luar...silap2 tak balik umah truss..

- pasport pegang sendiri....!! mesti ramai majikan tak setuju....sekejap jer la kat rumah tu..pas tu hilang..

- KALAU DAH GITU MAHALNYA BAIK AMIK WARGA TEMPATAN BERKERJA..rasa ramai jer yang nak...

Kerajaan Malaysia MESTI buat kajian semula..biar adil untuk kedua-dua pihak..

17 Februari 2012

Farra pegang Remy Ishak...!!!

he..he... ...Farra dpt bgambo ngan Bro Remy...

ala patung jer tu..iklan Dashing..

gamba lama pun...



Jangan mare arr auntie..uncle semua..sesajer mama nak wat onar kat blog dia....konon bikin gempaq la...


selamat berhari minggu.....!!!






11 Februari 2012

Pic Beby Girl Beyonce...

alolo..cantiknya baby Ivy..tomeinya....

dan besa confirm cantikk..!!!

tgok baby rasa cam nak baby lagi..




tengok the vogue mama ...

pas besalin pun cantikkk...




pic - OMG from Yahoo..

25 Januari 2012

Finally ..............................legaaaa.....!!!!

allo..farra dah tak mo isap botol lagikk !!!



Salam semua...

Risaunya sy pada anak kesayangan ni sbb dah masuk sekolah rendah pun masih nak susu dalam botol lagikk....Susu Isomil Plus telah menjadi teman setia tujuh tahun lamanya...Rasanya dah beratus-ratus tin kami beli ....masa baby kurang-kurang 4 tin sebulan..pas tu bila dah besar kurangla sikit....syukur dia serasi dan suka dgn susu nih..


Dah mcm-mcm cara try pisahkan dari botolnya...guna cawan atau botol air mesti habiss skettt jer..if tak bagi susu dalam botol mmg tak bole tido malam lah...asyik merengek selagi tak bagi.....tapi dlm pada tu saya selalu psiko dia mcm-mcm..bagi nasihat lah..bagi ganjaranlah..sampai satu hari dia dah berjanji ngan mama bila dia naik darjah dua takmo lagi guna botol.....Finally anak mama telah mengotakan janjinya..Alhamdulillah ..lega....!!!!





sy dah besar ..dah 8 tahun....dah nak jadik ustazah....


no more botol susu okeyyyy !!!


masa kecik -kecik with cousin..

so janganlah terlalu risau kalau anak tak boleh pisah dgn botol dia....perlahan-lahan kita psiko dia ..nasihatkan dia....mcm sy tunggu TUJUH tahun baru lah berjaya....sabar punca segala kejayaan kann...