30 Mac 2013

Cayala..Juara Fear Factor Celebriti 2013...





ramalanku benar belaka...:)
Salam..

Tahniah..tahniah..tahniah....juara jatuh ke tangan meka berdua ni....minat gak kat Cik Azlan n sorang lagi pelakon ni..Memang tuah kat tapak kaki dorang kan..pak cik kayo...

Suka tengok aksi final malam tadi...yang stuntman kete tu ngeri gak ..tapi akhirnya ..YESSSS....Juara untuk meka nih...Dazrin kata nak bantu anak-anak yatim n harul kata  nak bawak parents pegi mekah..mulia niat diorang... cayalah..pada siapa-sipa yang telepas tak dapat tengok tu...tunggu jerla siaran ulangan nantii yerr...:)

bye..

10 Januari 2013

Kini aku Warga Johorean..

Salam..


Kini aku warga Johor...hampir 5 tahun sy menjadi warga KL dan hampir 10 tahun menjadi warga Putrajaya..terlalu banyak kenangan manis dan ada juga kenangan pahit..di sana lah sy mengenali kotaraya KL ..di sana lah saya menimba ilmu...di sanalah saya berjaya mengenggam segulung sijil...di sanalah sy belajar berdikari..bertemu my Sayang....di sanalah juga saya di anugerah puteri dan putera kesayangan..
di sanalah juga saya berjaya bergelar pendidik....bertemu anak-anak murid yang bermacam ragam dan kawan-kawan yang sekepala..sedih juga bila mengenangkan itu semua.....apapun mereka tetap di hati... kadangkala kita perlu meninggalkan sesuatu yang kita sayang supaya kita lebih menghargainya....


rindunya Putrajaya......we love u so muchh...





Kini sy bertugas ditempat baru dengan cabaran yang baru...moga Allah akan mempermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga...gembira dapat tinggal di rumah baru..dapat jiran-jiran baru dan kawan-kawan baru..
Farra, puteri saya juga masuk ke sekolah yang baru..moga dia dapat menyesuaikan diri dan moga allah sentiasa melindunginya.. Moga di sini Allah kan sentiasa memurahkan rezeki  memberkati hidup kami.


rumahku syurgaku...


20 Disember 2012

Petua Cantik...

 
Salam..
Kecantikan tak dapat lari dari seorang wanita..suami kita, anak kita dan orang sekeliling suka kalau kita cantik kan...lagi cantik kalau peribadi kita pun cantik..
 
i'm also a cutie gal..yeah !!
1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Sumber: Ensaiklopedia Melayu Lama