27 Oktober 2012

Telefon Pintar Agen pembawa Penyakit..

LOS ANGELES 26 Okt. - Kebergantungan kepada penggunaan telefon pintar membuatkan kita lebih terdedah kepada penyakit merbahaya kerana peranti elektronik mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.
Doktor memberi amaran gabungan penggunaan telefon secara dekat dengan telinga, hidung dan mulut boleh mendedahkan diri dengan kuman serta membahayakan kesihatan.

Kajian mendapati, telefon pintar adalah pembawa kuman yang diperolehi dari pintu bilik mandi yang boleh mendatangkan penyakit termasuk selesema, cirit-birit dan jangkitan mata.

Selain itu, penjagaan kebersihan diri yang tidak betul juga boleh mempengaruhi kesihatan pengguna telefon.
Walaupun mempunyai risiko yang tinggi tetapi ramai pengguna membawa telefon kemana-mana sahaja termasuk ke bilik tidur dan juga ke tempat makan.

Telefon pintar adalah pembawa paling tinggi kolifom iaitu sejenis bakteria pencemaran najis.
Hasil kajian oleh makmal HML di Muncie terhadap lapan buah telefon mendapati terdapat 2,700 hingga 4,200 unit bakteria kolifom.

"Kami menemui pepijat pada calitan berminyak di skrin sentuh,'' kata Profesor Michael Schmidt yang juga Naib Pengerusi Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi di Universiti Perubatan, South Carolina.
Jurnal Mikrobiologi Gunaan yang diterbitkan pada tahun 2011 mendapati 20 hingga 30 peratus virus boleh dipindahkan secara mudah melalui hujung jari ke permukaan kaca seperti skrin sentuh.

Universiti Cape Coast di Ghana juga yang membuat kajian terhadap 100 orang pengguna telefon menemukan kepelbagaian bakteria di telefon mereka. - AGENSI





Sumber- Utusan Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121027/lu_05/Telefon-pintar-sumbang-penyakit#ixzz2AZB9Gav2
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni semua kajian nak downkan bisnes... hp @ tipon biasa pun org pakai jari nak guna... adakah ini bermakna lepas ni semua org kena potong tgn nak elak kuman kena dkt semua benda yg kita pegang? renung2kan & selamat beramal...