28 September 2012

Diskaun PTPTN...Alhamdulillah..!

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif pemberian diskaun bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi insentif pertama, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober ini sehingga 30 September tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, bagi peminjam yang membayar secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober ini pula diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.
"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Kita tahu ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan PTPTN dimansuhkan.

"Ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN? Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya sewaktu membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.


 Alhamdullilah...

Oklah tu ..nampaknya sy layak  dalam kategori  bayar secara konsisten tu..oklah tu 10 % setahun...dalam islam pun dah namanya hutang wajibla kena bayar...takpayah lah penat jawab kat akhirat nanti..

Marilah sama-sama kita membayar hutang....esp yang dah dapat keja gaji kaw-kaw tu...jangan tergila beli keta mahal-mahal tapi hutang PTPTN tak bayar-bayar...kesian kat adik-adik kita yang nak blajar pulak...


Peace no War.......:)





Tiada ulasan: