Salam..
Kecantikan tak dapat lari dari seorang wanita..suami kita, anak kita dan orang sekeliling suka kalau kita cantik kan...lagi cantik kalau peribadi kita pun cantik..
i'm also a cutie gal..yeah !!
1.
Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti
kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan
meminum banyak air bersih anda mudah membuang toksin dalam badan,
menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di
sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan
malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk
melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran
darah.
3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa
mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.
6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan
berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan
memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu
sihat.
7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan
diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan
spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di
salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di
rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian
bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan
tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan
famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam.
Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Sumber: Ensaiklopedia Melayu Lama
3 ulasan:
Ala,part yg luangkan masa diri sndiri x dpt cari lg.hehe.tringin nk g spa,salun ke kan.tp ank2 tamau tggl dgn sesape.hehe..tgu yg bb tu besar sket,sng papanya handle
Thanx sharing,kak.hehe.
info yang menarik dan berguna!tq mama farris =)
jemput singgah intai Premium Beautiful corset, produk kesihatan+kecantikan..lagi bertambah cantik dengan adanya PB ^__^
jarang buat senaman...peluh pun kurang keluar..ingin nak bersenam tapi tak jadi2 juga..
no9 tu selalu juga buat..ketawa dgn anak2..
Catat Ulasan