09 Julai 2010

Mimpi Yang Indah..


Salam..
Entry ini bukan dibuat untuk menagih simpati atau bersedih-sedih tapi sekadar untuk meluahkan rasa hati seorang ibu...seorang ibu yang diuji dengan ujian yang hebat...
Pada yang pernah melalui pasti akan lebih memahami...kepada ibu-ibu ahli syurga ini sama-sama lah kita bertabah hati..bersabar dan sentiasa mengingatiNya...mungkin ujian ini diberi kepada kita supaya kita lebih sedar, lebih menghargai dan menyayangi orang disekeliling kita....pasti ada seribu hikmahnya disebaliknya...
Adik..(panggilan untuk Aiman)
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini , Mama sering termimpikanmu, mungkin ianya sekadar satu mainan tidur. Malam tadi Mama termimpikanmu lagi.. Dalam mimpi itu, mama lihat jasadmu begitu sempurna sekali meskipun adik telah meninggalkan kami lebih dua bulan. Adik seolah -olah sentiasa tersenyum...wajahmu begitu suci sekali.. Mama sempat memangku dan menciummu.. Jasadmu berbau wangi sekali. Adik seolah-olah ingin memberitahu .. 'Mama jangan bimbangkan Adik di sini.' Andai ini benar, memang benarlah kau adalah insan terpilih untuk mendiami syurga Allah yang maha indah. Tidak pernah sekalipun mama termimpi yang buruk tentangmu. Alhamdulillah. Moga Adik sentiasa dalam peliharaan dan limpah rahmat Allah di sana.
Adik,
Kakak Farra pun selalu rindukan Adik. Sejak akhir-akhir ini baru dia rasa kehilangan. Dia selalu buat-buat ikut cara Adik menangis. Sama pulak tu. Sayu betul mendengarnya. Kasihan dia. Tak sempat nak main dengan Adik. Kakak tanya Mama 'Mama kenapa adik meninggal?' Bukan orang dah tua aja meninggal ke ? Kakak..Kakak..Sabar yer Kakak..Mama tau kakak dah bosan jadi anak tunggal..main sorang..sorang...sebab tu suka betul dier kalau dapat jumpa sepupu-sepupu dier esp. Kak Dila ngan Ninina..
Adik,
Moga Adik bahagia, riang gembira di sana. Momen indah bersama Adik akan kami kenang buat selamanya. Kami sentiasa merinduimu. Moga doa kami untuk bertemumu di syurga Allah akan termakbul jua nanti. Amin.
AlFatihah untukmu Adik Sayang..

5 ulasan:

mas berkata...

slm jengah...

mmm...ye mmg yg pernah lalui lbh memahami kn..
mmg rezki kita berbeda...

jnji ALLAH itu pasti...
Aiman sudah menjadi ahli syurga...
merindui selamanya....

Momma Qiestina berkata...

sobs sobs




karang lah mak ude dtg komen alik.nak p carik tisu dulu.sedeylah,dahla tadi mak uda lalu uman aiman.

:(

Mama Farris berkata...

thanks 4 mak uder n mama mas..

rindu betul nak ziarah umah aiman...

kimsalam sayang kat sumer kat kampung..

Kaseh NazLieza berkata...

ader hikmah yg besar dsebalik semua ini..kekal btabah ea kak..

Suliana berkata...

salam kak,

sian nye.. insylh, hanya yg terbaik utk org yg terbaik :-)